Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Nak Dapat Zuriat Yang Soleh Solehah Tak?

Wednesday, August 18, 2010


Asssalamualaikum..

Actually, Ckin nak kongsi apa yang Ckin dengar waktu dengar ceramah dari ustazah Siti Norbahyah tentang amalan sebelum, semasa dan selepas mengandung.  Nak buat step by step bab tak mau bebankan sahabat2 sekalian utk baca nih.  Knapa Ckin pilih tajuk ni?  Padahal bukan nak kawen lagi kan?  Setiap lelaki dan perempuan pasti akan melalui detik-detik sebagai bakal seorang ibu dan bapa kan?  Jadi, inilah persediaannya.  ^_^

Tak salahkan kalau kita sediakan payung sebelum hujan...  Am I right?  
Bak kata Pi'e dalam crita Anak Mami The Movie, 

"Takkan waktu nak berak baru nak korek lubang?" 

So, untuk sesiapa yang cuba-cuba berkahwin, akan berkahwin, nak berkahwin hatta dah berkahwin tapi nak tambah anak lagi, WAJIB baca dan dalami ni tau.  Sebabnya penting.  Persediaan ke arah mendapat zuriat yang diimpikan.  Kalau sahabat sekalian rasa nak anak yang fikirannya cerdik, hatinya bersih, dan jiwanya kental dengan ilmu agama, jom kita tengok and fikir bersama-sama.  Yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan Ckin sendiri.



1) Berdoa Agar Dikurniakan Jodoh Yang Baik

Haa..  Ini merupakan perkara paling utama untuk setiap insan di muka bumi ni yang mengimpikan rumah tangga bahagia.  Bak kata, Rumahku Syurgaku.  Nak dapat mahligai sakinah iaitu mahligai ketenangan dan juga nak lahirkan generasi yang baik dan sihat tubuh badan dan dapat berbakti kepada diri kita and so on..(banyak sungguh 'and'..n_n.) Mesti la bermula dengan doa. Right? 

Chup! Chup! Bila nak berdoa ni??  

Sahabat, kita kena mula doa dari sekarang, takkan esok nak kawen baru nak berdoa pulak kan?  Itulah yang dikatakan, 'Sediakan payung sebelum hujan'.  Jangan mintak kat Allah secara 'on the spot'.  Kalau kita ni org yang betul-betul beriman, bolehlah Allah nak kabulkan secara 'on the spot' kan?  Ni tak, iman pun stakat senipis kulit bawang, entah-entah lagi nipis kot.  =_=   So, kna la mintak awal-awal kan?  Mcm tu jugak kalau nak mintak keja, kena mtk dari mula2.  Kena la hantar 'resume' yg menarik, time interviuw, kena pakai kemas-kemas,kan?  Takkan mintak hari ni, esok lusa bleh dapat?..  Fikir-fikirkan naa... ^_^

Ok, ustazah Siti Norbahyah ada bagi doa ni time Ckin dengar ceramah beliau minggu lepas.  Satu malam, habis 6 episod sembang bab amalan mengandung je.  Tapi, bukan mengandung je, banyak lagi yang Ckin dapat.  Sahabat sekalian bolehlah amalkan doa ni sebagai permulaan nak dapat jdoh yang baik.

"Inni roaitu ahada 'asyaro kaukaba wa syamsa wal qomaro roaituhum lisajidin"
Kemudian, niat dalam hati :
"Ya Allah, sekiranya jodohku ini jauh, maka dekatkanlah, sekiranya jodohku ini sukar, permudahkanlah, pertemukanlah aku dengan jodoh yang soleh dan solehah.
Amalkan doa ini. InsyaAllah, akan dipermudahkan oleh Allah. 
(Ckin memang dah amalkan doa ni.  Alhamdulillah dapat...  ^_^)


2) Pilih Pasangan Yang Soleh dan Solehah

Sebelum tu, Ckin nak buka dulu dengan cerita yang mungkin boleh jadi pengajaran buat kita. Ckin suka bercerita dan tak mau skema-skema sangat.

Pada suatu hari, seorang lelaki datang berjumpa dengan Saidina Hassan bin Ali dan bertanya kepadanya. 

"Wahai Saidina Hassan, aku mempunyai seorang anak perempuan dan aku mahu mengahwinkannya. Tapi, aku tak tahu dengan siapa aku mahu mengahwinkannya.." 

Lalu, jawab Hassan, "Sekiranya kamu mempunyai anak perempuan, maka kahwinkanlah dia dengan seseorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Sekiranya dia cintakan Allah, pasti dia akan menyayangi anak perempuanmu itu. 

Dalam suatu hadis Nabi juga ada menyatakan cara-cara untuk mencari jodoh sebelum berkahwin.

"Seseorang wanita dipinang berdasarkan empat perkara iaitu berdasarkan hartanya, keturunannya, kecantikan dan juga agamanya. Maka, pilihlah berdasarkan agamanya nescaya akan kamu akan beroleh kebahagiaan.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



3) Doa Dijauhkan Dari Syaitan

Daripada Ibnu Abbas, beliau meriwayatkan,

"Apabila seseorang dari kamu ingin mendatangi isterinya, maka mereka berdoa agar dijauhkan dari gangguan syaitan dengan doa : 

"Ya Allah, jauhkanlah hubungan kami ini dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari anak ini".

Sekiranya kamu ingin melakukan hubungan kelamin bersama isteri kamu, maka bacalah doa ini.

"Bismillahi allahumma jannibna syaiton wa jannibi syaiton ma rozaqtana"

Dengan nama Allah jauhkanlah hubungan kami ini daripada gangguan syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada rezeki yakni daripada anak yang Engkau kurniakan kepada kami.

InsyaAllah syaitan tidak akan menganggu anak-anak yang lahir ini selama-lamanya. Ini merupakan hadis Nabi. Dan ianya sohih. Perkara yang lebih utama adalah sahabat sekalian mesti yakin dengan janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman..

Suami isteri jugak kena menjaga rahsia hubungan kelamin suami isteri dan HARAM mendedahkan kepada orang lain hatta kepada keluarga sendiri.  Ingat tu! 

Nabi turut bersabda : 

"Seburuk-buruk manusia di hadapan Allah ketika di Padang Mahsyar ialah suami isteri yang mendedahkan hubungan kelamin di hadapan orang lain.

Sudah terang lagi bersuluh, kalau sahabat sekalian sanggup nak tanggung malu, falyatafaddhol masykuro (dengan segala hormatnya dipersilakan)...


4) Jangan Banyak Buat Benda Tak Elok

Kalau ikutkan la tajuk ni terlalu umum kan, so Ckin nak explain apa benda yang tak elok tu kan?

Kita tengok step by step... Ini adalah menurut kajian Pakar Psikologi Islam.

4.1 Ibu bapa yang banyak bergaduh akan melahirkan anak-anak yang panas baran tau.  
Kiranya pas kawen ni jangan la selalu bergaduh hatta untuk sekecik2 perkara.  Berbincang kan lebih bagus.  ^_^ Sebabnya, anak dalam perut tu dengar.  Dia akan ikut sikap mak ayah dia.  Nak ke anak kita jadi panas baran?  Penat2 la si mak ni beranak kat anak tu, dengan sakitnya.  Kasihan kan?

4.2 Sebaliknya, menurut kajian, ibu bapa yang suka bersedekah akan melahirkan anak-anak yang mempunyai jiwa yang lembut sbb mak ayahnya ada jiwa yang pengasih.  Jadi, banyak-banyakkanlah bersedekah dan buat benda-benda yang baik naa...  Untuk siapa?   Untuk anak kita jugak kan?..

4.3 Selain itu, ibu yang mengidam benda yang pelik-pelik dan buruk-buruk, itu tandanya anak-anak tu akan ada akhlak yang tak berapa bagus.  Hmm?  Apa pandangan sahabat-sahabat sekalian?  Kadang tu, sampai si suami pun mengidam..  Dahsyat kan? 

4.4 Menurut kajian lagi, ibu yang rajin solat (solat sunat wajib dan sunat), anak-anak yang bakal lahir tu akan senang mendapat hidayah.  Pintu hatinya senang nak masuk ngan ilmu agama.

4.5 Sebaliknya, bagi ibu bapa yang malas solat, main kayu tiga, akan melahirkan anak-anak yang gemar melakukan maksiat. 

Petandanya di sini, sebelum kita dapat jodoh, ada caranya, kena mintak dari Allah, kena yakin dengan janji Allah dan juga kena berusaha. Dan bukannya setakat berzikir di atas tikar sejadah. Gedebuk!  Jatuh jodoh untuk kita..  Kan mustahil tu...  ^_^

Nak dapat zuriat yang soleh dan solehah, kita kena cari pasangan yang soleh dan solehah kan?..  Jadikan panduan di atas untuk masa depan kita.  InsyaAllah akan bersambung lagi dengan fakta dan ilmu yang lebih menarik.  Jumpa lagi! Wallahua'lam.  ^_^



p/s : Selangkah demi selangkah menggapai mahligai kebahagiaan ^_^

2 Comments:

Cahaya Pembuka Hatiku August 20, 2010 at 2:11 AM  

ckin, Cik Qalbi suka post ni.. wink3x *_*.. Cik Qalbi siap salin, budget cm tngh dgr kuliah agama la kan.. hehe..
satu lg nak tambah, kita nak mendapatkan pasangan yang soleh dan solehah, bukan setakat berdoa shaja. namun kita juga perlulah menjadi yg soleh dan solehah dahulu. insyaallah kita akan dapt yg soleh dan solehah.. what u give, u will get back.. hehe..

p/s: sajer nak menambah, kalo Ckin dah smpikan, xper la ek.. heheh ^_^ v

Ckin Kembaq August 20, 2010 at 7:57 AM  

betul tu cik qalbi..kena jadi yg terbaik utk dptkan yg terbaik kan?..hehe

boleh je tambah..dialu-alukan..nanti kita pi kat part yang sblm,smsa dan slps dpt zuriat..tunggu naa..n_n..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP