.:: Ckin, Kita Kembar Seiraskah? ::.
Monday, August 16, 2010
Assalamualaikum...
-- cute kan bila pakai baju sama jenis..hehe -- |
Hari ni Ckin datang untuk memulakan entri dengan perkara yang memang sebati dalam hidup Ckin dari kecik2 dulu hinggalah ke akhir hayat Ckin.. Actually, baru-baru ni kan kembar Ckin iaitu Ckak balik ke rumah.. Then, waktu ngah duduk-duduk tu, Ckak tanya kat Ckin, "Ckin, kita ni kembar yang satu uri kah?"" Hmm..memang kadang-kadang tu soalan ni bermain-main dlm fikiran kami dua ni. Tau kenapa? Sebabnya kami ni tak rasakan yang kami ni adalah kembar seiras. Kadang-kadang nampak sma, kadang-kadang tak sama.. Pastu Ckin ckp la kat Ckak yang kami dua ni memang dari satu uri. Then, dia tanya, "Awat muka kita tak sama?" Ckin cakap le kat dia, "Memang kita tengok tak sama, tapi orang lain yang tengok tu nampak sama. Tu yang pelik." Tapi tu kan bermakna kami berkongsi uri. Tak sama tu, ntah la. Mata kami sendiri kot..hehe Tapi yang penting, Ckin ada Ckak and Ckak ada Ckin.
Entah kenapa, kelmarin waktu Ckak nak balik, Ckin rasa sebak sangat. Ckin pun dapat rasa Ckak sebak nak balik UITM. Bila Ckin salam and cium pipi dia, mata Ckin bergenang ngan air mata. Mujur tak jatuh sbb Ckin malu gak..hehe tapi Ckin pun dapat rasakan yang Ckak pun sebak tau.. Ckin nampak mata dia pun bergenang..huhu tapi apakan daya, dia kena balik UITM. Ckin tak tengok pun muka dia, sbb kalu tengok nanti Ckin nangis. Hanya nangis dalam hati. Sedih sangat-sangat.
Ingat lagi, dulu waktu di Tingkatan 1, bulan 5, Ckak dapat masuk SMKA Nibong Tebal sbb dia diapat 5 A dlm UPSR sedangkan Ckin dapat 3 A je. Sedih tu memang sedih sangat tapi apakan daya, Allah nak hantar Ckin duduk kat SMK Paya Keladi saja kan?Belajar kat mana-mana pun sama saja cuma persekitaran pembelajaran yang berbeza. Waktu Abg Hai bagitau kat Ckak tentang ke'berjaya'an dia masuk SMKANT, dia masuk dalam bilik study kat asrama (kami duduk asrama sejak Tingkatan 1). Ckin pelik la. Abg Hai plan nak gtau 'one by one' kat kami dua. So, first tu dia panggil Ckak g dulu jumpa dia and suh Ckin duduk jauh-jauh till dia panggil.
Then, tiba giliran Ckin jumpa Abg Hai. Dia cakap nak gtau something.... Ckin pun tanya apa dia? Dia jawab balik, dia nak gtau yang Ckak dapat masuk SMKANT, tapi Ckin tak dapat. Diam. Renung ke padang. Memang tak dapat dilafazkan dengan kata-kata waktu tu. Perasaan sebak memang menyerap abis ke dalam hati Ckin ni. Then, Abg Hai tanya, "Macam mana?" Hmm.. Ckin cakap, "Ikut la, dia dah dapat, nak buat macam mana kan?" Dia pun cakap tak pa lah, nanti dia mai tengok lain kat asrama. Ckin masuk dalam asrama and duduk kat tangga. Ckin menangis puas-puas(tak puas lagi..huhu) Pastu Ckin naik atas dorm, then masuk bilik, kuar bilik, gi toilet, turun balik ke bilik study. Ckin tengok Ckak nangis kat meja. Meja dia sebelah ngan Ckin. Ckin pun join nangis. Tunduk je kat meja tu. Memang tersangat sedih. Kembar yang tak pernah berpisah lagi waktu kecik2 dulu.
Pastu, kak angkat Ckin, Kak Nani mai tanya. Ckin and Ckak gaduh ke?hmm Ckin diam je. Petang tu baru Ckin gitau kat Kak Nani yang Ckak dapat masuk SMKANT tapi Ckin tak dpat. Dia suh Ckin sabar. Ok la. Never mind. Pastu, apa yang paling Ckin tak tahan adalah waktu nak hantar Ckak balik ke asrama kat SMKANT, Ckin mesti nangis. Entah kenapa. Maybe 'instinct' yang terlalu kuat dlm diri ni. Tapi, Ckin nangis, orang tak tau...hehe sbb Ckin tahan and lepas kat tangga di asrama Ckin. Malu la. Tau tak brapa lama Ckin nangis? 3 bulan. Huih! Lama sangat tu.. Tu la, Ckin pun jadi pelik, knapa Ckin terlalu cepat senstitif trutama ngan kembar Ckin ni, baru prasan, Ckin sayang kat dia. Sebab tu kot Ckin jadi sedih bila nak berpisah ngan dia.
Tapi, ada hikmah tau di sebalik perpisahan ni. Tau apa dia? Haa.. Untuk makluman, masa Ckak dah start pindah ke SMKANT, barulah Ckin cium tangan and cium pipi dia. Haa..sebelum tu tak pernah tau. Pastu, Ckin mula la berdikari sendiri kat asrama tu. Masa stay ngan Ckak kat asrama, dia tidur sebelah Ckin. Kalau takut, kami tidur sekatil. Biasa la tu.hehe Tapi, Ckak penah ckap kat Ckin yang Ckin ni bertuah duduk kat asrama Paya Keladi, sbb dia cakap kalu dia stay kat Paya Keladi, dia akan jadi liar. Dia tak pandai jaga diri.
Waktu Tingkatan 1, masih pakai baju lengan pendek. Tapi, pas dia pindah, tak pakai dah baju lengan pendek. Cuma stokin yang menjadi masalh bagi Ckin. Dulu tak pakai sarung kaki. Dlm dewan makan asrama tak boleh pakai stokin tau, sbb kata mak cik dewan makan, nanti busuk la, kotor la...mcam2..alhamdulillah skang ni tak lagi. Semuanya bertutup ya.. Hatta nak ke kedai seberang jalan pun kena pakai stokin.
Lagipun nak tutup kecacatan seroang perempuan. Faham? Lagi elok seseorang perempuan tu, lagi bertambah cacat la tubuh badannya. Faham? Tak faham sudah..n_n.. Bila kita pakai sarung kaki ni, salah satunya adalah kita boleh lindungi kaki kita dari pandangan mata-mata halus or kasar kan? Elak dari terkena cahaya matahari. Kalau diikutkan, warna kaki and warna tangan ni mmg berbeza abis la..hehe ye la. dah tutup ja kan..kalu buka, kan dah tak manis, tambah dosa pulak tu..hmm dahsyat aurat perempuan nak kna jaga kan...
Fikir-fikirkan la ye..
Haa..berbalik kepada kisah Ckin and Ckak. Ckin stay kat SMK Paya Keladi selama 3 tahun and sampai di Tingkatan 4, Abg Hai mai kat sekolah. Dulu Ckin jadi pengawas sekolah sama macam Ckak. Tapi bila dah masuk Tingkatan 4 ni, cikgu sekolah buat rombakan kat badan pengawas, so tak pakai la baju pengawas iaitu tudung and kain sekolah 'maroon' and baju putih. Ckin pakai tudung labuh macam budak sekolah agama. Biar la orang nak kata apa pun tapi mmg Ckin mengharap sangat dapat masuk SMKANT tau. Satu hari, Abg Hai mai sekolah, wktu tu dah pukul 2 kot. Dia bawak satu surat ni. Tau apa dia cakap?? Ckin dapat masuk ke SMKANT!
-- Logo Sekolahku -- |
Ya Allah. Alangkah gembira dan happynya Ckin hari tu. Perkataan 'alhamdulillah' yang mmpu Ckin ucapkan. Memang melompat.hehe Pastu, kawan-kawan jadi pelik la. Kenapa Ckin happy sangat ni?? Ckin gtau la Ckin dapat SMKANT. Akhirnya, dpat gak Ckin nak duduk satu sekolah ngan Ckak.
Bila sampai sana, ramai kawan-kawan Ckak terkejut. "Eh, Safinah ada kembar?Tak penah tau pun?""Kak safinah ada kembar?Wah..sama la muka depa ni.." hehe waktu Ckin smpai kat sana, Ckin disambut oleh kwan-kwn Ckak. Happy. Takut. Malu. Cam tak penah tengok kembar agaknya..hehe mmg dilayan baik punya la..hehe macam-macam pertanyaan keluar dari mulut depa ni tau. penat melayan. Nasib baik Ckak ada. Kalu tak, perghh..jenuh.. Tapi, tu la. Rezeki kembar ni lain daripada orang lain tau.
-- agak-agak dulu time kecik2 cmni tak?hehe -- |
Nanti Ckin story lagi pencapaian Ckin dpt bila dilahirkan as kembar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal. Abang Hai, Ckak and Ckin belajar kat cni. Memang banyak giler pengalaman. n_n . Jumpa lagi on the next episode..hehe
p/s : Ckin takkan menyesal ada dilahirkan as kembar ni..insyaAllah..n_n..
8 Comments:
kak ckin , u come to SMKANT make me think to be as good as you .. but still dont have that strength . hehe . seriously , km rndu time kta dlm stu usrah :)
..n_n..
speechless bila cakap cmtu..
yang pnting,kita menjaga kan?..
salam ckin..
teruja ble baca entry ni..
tentu best kan ada kembar?
ckin bertuah sbb Allah pilih ckin utk dilahirkan sbagai kembar.. =)
wkslm.
alhamdulillah..mmg syukur sangat..tu salah satu kelebihan ckin..hehe mmg best pun akak..org lain tak ada kawan mcm kembar..hehe always bersama...n_n...
yg bab kecacatan seorang perempuan tu setuju sgt.
kembar mmg special, bkn smua orang ada kembar. dlu mse skola menengah, dlm kelas sy ad 2 pasang kembar. mmg x pernah berpisah. klu sorang sakit, yg lagi sorang pun akan terkena juga.
yup..kalu dua2 sakit,sapa nak jaga sapa kan..haha kalu sorang sakit,sorang lagi jaga..right?..n_n
seriusly, sy sgt suka post nie... like byak2... hehehe...
Hazwan,
orang kembar.. ^__^
Post a Comment