Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Batasan aurat vs Perempuan ::.

Friday, August 6, 2010




Assalamualaikum...

Kembali dengan something yang selalu bermain2 dalam minda Ckin nih..huhu Nak sharing2 cket ttg aurat prempuan... 

Ckin tengok, skrang ni ramai yang buat endah tak endah ja tentang aurat..hmm Mungkin remaja zaman sekarang tak tau kot ttg batas2 aurat nih...(Ckin agak je...) 

Kalu ada yang tak tau, hari ni Ckin nak gtau pada yang tak tau... Bagi Ckin, kan elok kalu benda yang sepatutnya ditutup dijaga dengan baik dan bukannya utk tontonan umum kan... 

Ingat lagi, waktu mula2 baligh, Ckin sanggup tidur sambil pakai tudung sbb takut buat dosa..(bukan nak riak,cuma berkongsi)... Tapi, skarang nih tak dah le..dah besar, pandai2 le nak pikir... Kat umah, kalu ada orang lelaki mai umah, Ckin and Ckak (kembar) akan lari selaju mungkin utk masuk bilik cari tudung...hehe 

Tau tak, apa pandangan orang yang mai umah Ckin tu??? Haa, diorang cakap Ckin and Ckak ni pemalu, sbb tu kami lari...Ish2...itu menunjukkan yang mereka tak tahu aurat tu...(bukan mengata naa...) Ckin dah banyak cakap dah nih..hehe Ok, berbalik kepada isu yang Ckin nak utarakan.. Jom tengok batas2 yang perlu dijaga oleh seorang perempuan...Bling!


-- Kalu ada yang tak jelas lagi, boleh la rujuk dalam Al-Quran --

Allah berfirman dalam surah An-Nur :
“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
 “Hendaklah mereka menahan pandangannya 
dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah 
menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau  wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…” 
Nah! Bukti sudah nyata... Takkan nak tunggu bala Allah datang, baru nak berubah kan...
Remaja skarang ni suka cakap cmnih,
"Weh, seru tak sampai lagi la....."
Amboih, kalu bercakap, macam2 kita nak mengelat kan kan... Yang kat sekolah,kat IPT, ceramah agama, ustazah2 or ustaz2 berbuih2 mulut cakap,
tutuplah, jagalah... Tak mau dengar lagi??
Bukan susah pun... Hendak seribu daya, tak mau seribu dalih... Mulakan dengan langkah pertama...

Tak susah pun nak pakai stokin... (boleh lindungi kaki dari 'burn' kna cahaya matahari)
Tudung tu kan nak tutup bahagian yang boleh mengundang nafsu lelaki kan... Perlukah nak tunjuk kat diorang?? Buat rugi je... Dosa dapat ada la...
Pakai lengan panjang...
"Alamak! Panas la kak oii...."
Dik, panas api neraka tu lagi dahsyat sehinggakan apabila kulit yang lama dah hangus dibakar api neraka, akan diganti pula dengan kulit yang baru....kalu dik nak, dipersilakan...

Nak tau tak, gigi geraham penghuni neraka ni adalah sebesar Bukit Uhud... Nah! kalu gigi geraham dah besar tu, agak2 badan kita ni besar mana???

Ingat satu lagi, sekiranya seseorang anak perempuan tu mendedahkan walau sehelai rambutnya, maka dia dengan segaja telah menempah tiket ke neraka untuk ayahnya...
Nampak sangat tak sayang kat ayah...kan? Kalu sayang, takkan kita sanggup nak buka2 aurat ni...

Nak tutup aurat, tak perlu pakai tudung labuh... Tudung biasa pun boleh, cuma, kena pastikan tudung tu menutupi dada... Biarlah kita susah di dunia, tp kita senang di akhirat.... Wallahua'lam..

<< Ingatan Bagi Pelupa >>

p/s : tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan.... Islam kan mudah... n_n




4 Comments:

baincardin August 6, 2010 at 3:02 PM  

tenkiuu singgah blog bain and tenkiuu so much for the info. sama² kita berkongsi maklumat ye. =)

Ckin Kembaq August 6, 2010 at 3:49 PM  

welkam..hehe ilmu yg dikongsi akan lebih bertambah kan..

Anonymous,  July 12, 2012 at 9:45 PM  

Kak Ckin, tumpang tanya sikit. Boleh ka perempuan pakai kasut tumit tinggi yang tutup seluruh kakinya? Kalau tak boleh, sebab bunyi nya bila berjalan ka? Mohon boleh jawab.. Terima kasih..

Salam..

Ckin Kembaq July 13, 2012 at 3:59 PM  

Adik Anon,

kasust tumit boleh pakai asalkan tak ada bunyi yang menarik perhatian..Better pakai wedges yang tak bunyi.dibolehkan..nak bergaya tu anytime dengan apa pun boleh tapi biar kena dengan kaedahnya.kak ckin pun pakai wedges..utk gi interview saja.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP