Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Wajib Baca! Hukum Hudud ::.

Friday, August 6, 2010

Assalamualaikum...
Tadi ada singgah di blog sorang ustaz ni, menceritakan tentang jenayah zina... Astargfirullah... Apa yang Ckin nak tengok adalah mengenai hukum hudud yang dikenakan ke atas penzina muhsan iaitu penzina yang sudah berkahwin

-- Di Nigeria --
Terdapat dua perkara yang perlu kita ketahui iaitu imam empat mazhab bersepakat menyatakan bahawa jika pesalah yang akan menjalani hukuman rejam itu ialah lelaki, dia perlu melaluinya dalam keadaan berdiri tanpa dipegang oleh sesiapa mahupun digali lubang baginya jika disabit kesalahan sama ada dengan pengakuan sendiri ataupun melalui empat orang saksi.

-- Dia sudah mempunyai isteri tapi dijumpai berzina dengan wanita lain --
Jika pesalah yang sabit kesalahan melakukan zina melalui pengakuannya, melarikan diri ketika hukuman rejam dijalankan, perlaksanaan hukuman rejam hendaklah dihentikan segera kerana tindakan melarikan diri itu dikira sebagai dia sudah menarik balik pengakuannya.

Tetapi jika pesalah yang sabit kesalahan zina
melalui keterangan empat orang saksi, melarikan diri, maka hukuman rejam tidak boleh dihentikan, malah dia wajib diikuti kemana sahaja dia lari dan terus direjam sehingga mati


Jika pesalah itu seorang perempuan, menurut ulama Mazhab Shafie, adalah digalakkan mengadakan lubang untuknya jika kesnya itu sabit menerusi 4 orang saksi. 

Tetapi jika dia disabitkan kesalahan melalui pengakuan dirinya maka penggalian lubang adalah tidak digalakkan, kerana keadaan ini akan menyekatnya untuk lari sekiranya dia menarik balik pengakuan, sedangkan menarik balik pengakuan merupakan sebab yang menggugurkan hukuman rejam. 

-- Hukuman Allah lebih baik dari segala hukuman --

Apabila pesalah itu sudah mati, maka mayatnya hendakah diserahkan oleh pemerintah kepada ahli warisnya. Mereka bertanggungjawab melakukan perkara-perkara seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikannya. 

Biarpun mereka dihukum mati, namun di sisi Allah mereka adalah sebaik-baik manusia kerana rela mengorbankan diri dalam mematuhi perintah Allah SWT

Di zaman Rasulullah saw ketika baginda melaksanakan hukuman rejam ke atas Salma Al-Ghamidiah , darah dari badan Salma terpercik lalu mengenai baju Khalid Al-Walid, menyebabkan Khalid marah dan mencacinya. Mendengar cacian Khalid, Rasulullah saw bersabda, “Jangan terlalu menghinanya kerana ia sedang menjalani hukuman Allah ”
Di sampuk oleh Saidina Omar Al-Khattab, 

“Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba akan menyembahyangkan jenazahnya ?”
Rasulullah saw menjawab, 

“Jika aku bandingkan kebajikannya dengan tujuh puluh perempuan (beriman) di Madinah ini, maka luas lagi (amal) kebajikannya. Tidakkah kamu mengetahui sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang yang sanggup mengorbankan dirinya kepada Allah ”

Ustazah Ckin pernah cakap, tiada hukuman lain yang lebih baik dari hukuman Allah... Dan, hanya apabila hukuman hudud dilaksanakan, barulah jenayah zina yg berlaku dlm kalangan remaja kita akan menurun... Tapi, bila??? Renung-renungkan...

<< Ingatan Bagi Pelupa >>


p/s : Tugas kita adalah untuk memilih pemimpin yang adil... tapi, siapa?


6 Comments:

Unknown August 6, 2010 at 11:20 PM  

very nice!!thanks for sharing...aritu penah baca dah sekali~nice~
Baru je Update tadi; Trip Ke Pangkor bahagian akhir

Ckin Kembaq August 9, 2010 at 10:22 AM  

ur welcome...kongsi ilmu...n_n

Mar August 9, 2010 at 12:00 PM  

seronok jika negara malaysia mnjalankan
hukum hudud,..

Ckin Kembaq August 9, 2010 at 12:14 PM  

Mar > mmg pun...insyaAllah kez zina and buang anak akan makin kurang kan?sbb kesakitannya mmg tak leh dibayangkan..huhu ustazah ckin penah cakap yg hanya hukuman Allah boleh mengatasi masalah yg ada..tiap penyakit ada ubatnya, begitu jugak ngan masalah ni kan?...tapi bila ye?huhu

gnesop.com March 12, 2012 at 10:44 AM  

bayangkan jika hudud dilakukan, pasti tiada kes anak luar nikah kan?

Ckin Kembaq March 12, 2012 at 11:34 AM  

gnesop.com,

betul..gerun dengan hukum Allah di dunia..apatah lagi di Akhirat kelak...

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP