Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Khalifah Umar bin Abdul Aziz - Pemimpin Sederhana ::.

Wednesday, August 11, 2010

Umar Abdul Aziz sebelum menjadi khalilfah hidup dalam serba kemewahan.Beliau gemar memakan makanan yang lazat, memakai pakaian yang halus dan indah serta minyak wangi yang harum semerbak, sehinggakan apabila beliau berjalan, keharuman baunya terbang dibawa angin ke mana-mana.

Apabila dilantik menjadi khalifah, Umar meninggalkan kemewahan hidupnya dengan menjalani kehidupan secara serba sederhana.  Hidupnya penuh dengan perjuangan batin, ssebagai seorang pemimpin yang soleh, zuhud, dengan perjuangan batin, sebagai seorang pemimpin yang soleh, zuhud, warak dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kehidupan peribadinya begitu jauh berbeza antara sebelum dan selepas baginda menjadi khalifah. Hakikat itulah antara penyumbang kepada kejayaan cemerlang baginda sebagai khalifah walaupun dalam waktu yang singkat.

Kesederhanaan Umar

Sewaktu menjadi khalifah, baginda diperuntukkan kenderaan yang terdiri daripada beberapa ekor kuda pengangkut barangan, beberapa ekor kuda tunggangan dan beberapa ekor baghal yang dilengkapkan dengan peralatan dan pelananya. Namun, semua kenderaan itu dijualnya dan wang tersebut diserahkan kepada Baitulmal.  Begitu juga permaidani dan alas-alas kaki yang biasanya disediakan kepada khalifah, turut dijual dan wangnya juga dimasukkan ke dalam tabung Baitulmal.


Baginda juga menjauhkan diri dan keluarganya dari kemewahan dunia. Tanah kebun dan ladang miliknya turut dijual. Baginda membuang semua pakaian, barang perhiasan mewah dan  mahal dan diganti dengan pakaian sederhana. Malah, Umar memberi pilihan kepada isterinya untuk memilih dirinyya atau harta mewah. Isterinya memilih Umar sebagai suami dan redha hidup sederhana sepertimana diingini Umar.

Sesudah membersihkan diri dan keluarganya, barulah Umar bertindak untuk membersihkan masyarakt daripada perbuatan yang melanggar hukum agama. Baginda mengembalikan hak rakyat kepda rakyat yang selama ini disalahgunakan oleh para pemimpin yang berkuasa sebelum baginda.

Pentingkan Ilmu Agama Untuk Rakyat

Satu keistimewaan khusus yang membezakan kaedah kepimpinan Umar Abdul Aziz dengan yang lain adalah keteguhannya dalam melaksanakan ajaran Al-Quran dan Sunnah iaitu menyebarkan ilmu di kalangan rakyatnya dan memastikan ajaran Islam dan sunnah Nabi didalami dan dihayati dalam kehidupan. Bagi Khalifah Umar, kewajipan utamanya ialah  untuk membimbing, menerap dan meningkatkan kefahaman serta penghayatan rakyatnya terhada dasar ajaran Islam.


Konsep mesyuarat dan muafakat amat dititikberatkan oleh Khalifah Umar. Ia menjadi dasar dan acuan dalam kepimpinannya. Dalam melaksanakan tugasnya, Khalifah Umar Abdul Aziz menjadikan alim ulama sebagai tempat rujukan dan meminta nasihat mereka dalam segala urusan. Umar Abdul Azizi juga amat serius dalam memilih pegawai-pegawai yang dipercai bagi membantunya dalam urusan pemerintahan. Mereka yang terpilih untuk menjadi orang-orang kepercayaaanya terdiri daripada alim ulama dan orang-orang yang soleh.

Menjalankan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

Khalifah Umar bin Abdul Aziz menerima pakai pendekatan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar dalam pemerintahannya iaitu membangunkan negara dan masyarakat dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua aspek di samping membasmi segala kemungkaran yang boleh merosakkan masyarakat dan negara.

-- sekadar hiasan --
Dalam satu peristiwa, seorang rakyatnya telah mengadu bahawa salah seorang daripda pegawai kerajaan daripada Bani Umayyah telah merampas kedai-kedai milliknya ketika pegawai tersebut sedang berkuasa. Lalu pegawai itu dipanggil dan diajak berbincang oleh Umar. Akhirnya, beliau telah memerintahkan hak rakyat tersebut dikemballikan dan dipersetujui oleh pegawai berkenaan. Tetapi tidak lama kemudian, rakyat tadi datang kembali kepada Umar dan mengadu bahawa pegawai berkenaan tidak menunaikan janjinya.

Khalilfah kemudiannya mengutuskan ketua polis yang lengkap dengan pedangnya pergi menemui pegawai berkenaan dengan berpesan :
"Jika dia mengembalikan kedai itu kepada pemiliknya, maka tinggalkan dia. Tetapi jika orangnya masih berdegil juga, maka pancunglah kepalanya."

Demikianlah baginda membela rakyat bawahan yang selama ini menjadi korban kezaliman para pegawai yang berkuasa, suka bertindak sewenang-wenangnya dan menyalahgunakan kedudukan mereka.

Membanteras Bid'ah

-- yg baik kita patut ikut kan??? --
Antara langkah pertama yang diambil oleh Khalifah Umar ialah membanteras segala jenis bid'ah yang telah berleluasa pada zaman pemerintahan Bani Umayyah sebelum itu. Baginda telah mengeluarkan arahan kepada seluruh dunia Islam di bawah kekuasaannya agar menyampaikan khutbah yang sebelum itu disalahguna fungsinya telah bertukar menjadi 'platform' bagi memupuk kedamaian dan kemanan ummah.

<< Panduan Bagi Pelupa >>

p/s : antara pemimpin Islam yang dikagumi.... ..n_n..

sumber : ifikrah/jaipp

0 Comments:

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP