.:: Tazkirah 1 Ramdhan di Masjid ::.
Thursday, August 12, 2010
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah 1 Ramadhan berjaya dilalui dengan sebaik-baiknya...Semalam berbuka dengan kurma, kuih-kuih ckit, bihun goreng, air oren...alhamdulillah..kenyang..Rezeki semalam..
Usai solat Maghrib and solat hajat, Ckin pun bersiap-siap nak pegi masjid Padang Serai dengan abah n mak... Bila sampai saja di Masjid Jamek An-Najah Padang Serai, Ckin pun solat sunat Tahiyyatul Masjid 2 rakaat..
Kekuatan Apabila Berjemaah
Ckin cuma nak berkongsi sedikit mengenai tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz muda yang datang semalam.... Pada awalnya, ustaz memuji kehadiran jemaah yang begitu ramai and dengan semangat untuk menunaikan solat sunat tarawih pada kedatangan ramadhan ni...Ustaz cakap,sebelum nak hadir ke msjid Padang Serai ni, ustaz melalui 5 buah masjid dan Subhanallah...begitu semangat umat Islam sempena kedatngn ramadhan...Niat ustaz dalam hati, "alangkah bagusnya jika setiap bulan adalah bulan Ramadhan"...Tapi, boleh bayangkan bila ianya akan jadi? Sahabat sekalian, sekiranya umat Islam mampu untuk memenuhkan msjid pada tiap2 waktu solat, InsyaAllah kafir durjana akan pulang dengan sendirinya tanpa disuruh ataupun dihalau...Bantuan ke Gaza pasti tidak lagi dihalang. Apabila mereka melihat bertapa hebatnya umat Islam menunaikan ibadah bersama-sama di rumah Allah, pasti hati mereka akan menjadi kecut lantaran takutkan semangat yang umat Islam ada...
Rindukan Ramadhan
Sahabat ridhwanullahi 'alaihim amat menanti2kan kedatangan ramadhan.. Dan apabila Ramadhan akan berakhir, menitis air mata mereka kerana mereka memikirkan bilakah lagi Ramadhan akan datang?... Dan sempatkah kami untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem?... Subhanallah... Mengapa Allah tidak menampakkan pahala dan dosa kepada manusia? Ini kerana Allah ada matlamat yang tersendiri. Sekiranya Allah nampakkan pahala atas kebaikan yang manusia lakukan di dunia ini seperti gunung yang melangit, pasti semua makhluknya akan beriman... Tiada lagi perkara buruk kerana semua orang ingin mengejar pahala.. Begitu juga dengan dosa.
Seandainya Allah memaparkan dosa yang dilakukan manusia, pasti setiap manusia tidak akan berani untuk berbuat kesilapan lagi.. Pasti mereka hanya akan berada di masjid-masjid untuk beribadah sebanyak mungkin lantaran takutkan azab Allah... Contoh lain, apabila kita rindukan seseorang, pasti kita akan usahakan pelbagai cara untuk bertemu dengannya ataupun melihat wajahnya, kan? Kita akan mempunyai pelbagai perasaan yang membuatkan kita asyik dengannya.. Begitu juga dengan Ramadhan, kerinduan terhadapnya adalah dengan beribadah sebaik mungkin.
Berpuasa Setakat Lapar dan Dahaga
Apabila berpuasa, kita bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi kita perlu menjaga dari segi fizikal mahupun rohani... Bila masuk Ramadhan, seolah2 dah jadi seperti bulan pesta makanan...Wah! Hebat tu.. ketika berbuka macam2 makanan dihidangkan untuk santapan fizikal...Perlu diingatkan, terdapat dua benda yang melemahkan badan iaitu makan banyak di malam hari dan tidur banyak di siang hari..
Kita perlu menjauhi kedua perkara ini bagi mendapatkan aura sebenar Ramadhan kali ini.. Jangan jadi macam seseorang yang hanya menganggap puasa sekadar menahan lapar dan dahaga..Contohnya, selepas bersahur, tidur sampai jam 2.00 petang, then bangun tidur lagi, sampai waktu nak berbuka barulah bangun..Puasa sebegini tidak ,mendatangkn sebarang kebaikan dan hanya memenatkan badan...
Nabi ada bersabda,
"Tiada bekas yang paling buruk untuk mengisi makanan melainkan perut"...
"Tiada bekas yang paling buruk untuk mengisi makanan melainkan perut"...
Sudah terang lagi bersuluh, perasan tak?Kalau time makan, semua bnda nak dibawa msuk ke dalam perut kan? Kita perlu mengisi perut dengan 1/3 dengan makanan, 1/3 dengan air dan 1/3 lagi dengan nafas...tujuannya adalah untuk menyeimbangkan diri kita bila nak beribadat di malam hari nanti... Kelebihan Ramadhan ni ada banyak, cuma kita tak sedar..contohnya adalah, setiap 1 pahala kebajikan akan digandakan kepada 10 kebajikan ketika Ramadhan datang...Haa...takkan tak mau kan?..
Madrasah Ramadhan
Nabi bersabda pada umatnya,
"Aku yakin puasa dapat menjadi pendinding bagi api neraka bagi kamu semua dengan syarat yang tertentu iaitu tidak bercakap perkara yang buruk, tidak berbuat perkara yang buruk dan jangan buat-buat jahil ttg agama(buat tak reti) ".
Dalam Ramadhan ni jugak kita kena menjaga stiap perilaku kita dan perlu ingat, bulan Ramadhan adalah bulan doa yang mustajab. Tetapi, jangan lupa, doa orang yang memutuskan silaturrahim tidak akan diangkat. Renungkan kembali ke dalam diri kita, adakah kita sudah memaafkan orang yang pernah berbuat salah dengan kita? Adakah kita masih mengungkit-ungkit keburukan yang orang lain dah buat pada kita? Istighfar itu lebih utama...Ramadhan merupakan madrasah yang menjanjikan rahmat Allah dan pengampunan-Nya.. Pada bulan yang barakah ini juga kita perlu meminta kepada-Nya agar dimasukkan ke dalam syurgaNya, memohon keredhaanNya serta keampunanNya ..InsyaAllah akan makbul doa kita...
Matang Bagi Menghadapi Ramadhan
Mungkin pada Ramadhan yang sebelum-sebelum ini kita belum matang dan bijak untuk mengatur masa yang terbaik untuk kita hadapi Ramadhan, tapi alangkah baiknya kalau kita gunakan masa yang ada ini untuk memperbaikinya kan? Ramai yang cakap, kami rindukan Ramadhan, kami suka Ramadhan datang, kami syg Ramadhan...
Tapi, sejauh mana kita cuba menghayatinya?? Pernahkah kita terfikir? Adakah Ramadhan kita pada kali ini akan sama sahaja seperti Ramadhan yang lepas-lepas? Adakah kita berusahan untuk memperbaiki Ramadhan kita pada kali ini? Ckin ingat lagi, waktu Tingkatan 3 Ckin terlepas malam Lailatul Qadar.. Ckin rasa mengantuk sangat dan bila mak ajak gi Qiamullail kat masjid, Ckin tak ikut.. MasyaAllah..terasa rugi sangat2..tapi, Ckin dapat rasakan ketenangan pada malam tu.. InsyaAllah, sama-samalah kita mencari dan terus mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan itu...Wallahua'lam.
Tapi, sejauh mana kita cuba menghayatinya?? Pernahkah kita terfikir? Adakah Ramadhan kita pada kali ini akan sama sahaja seperti Ramadhan yang lepas-lepas? Adakah kita berusahan untuk memperbaiki Ramadhan kita pada kali ini? Ckin ingat lagi, waktu Tingkatan 3 Ckin terlepas malam Lailatul Qadar.. Ckin rasa mengantuk sangat dan bila mak ajak gi Qiamullail kat masjid, Ckin tak ikut.. MasyaAllah..terasa rugi sangat2..tapi, Ckin dapat rasakan ketenangan pada malam tu.. InsyaAllah, sama-samalah kita mencari dan terus mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan itu...Wallahua'lam.
<< Kedatangannya Dirai, Pemergiannya Ditangisi >>
p/s : mencari dan terus mencari cinta Illahi...
7 Comments:
Amin.
semoga mendapat cahaya yg dicari :)
New Entry Prof-Hariz
Adab-adab berpuasa
insyaAllah...
moga ramadhan tahun nih membuka minda semua umat islam.. elakkan pandangaan bangsa lain yang menganggap bulan ini bulan pesta makanan... sebab diorang pandang bazaar kita terlalu melampau best.. ^__^
Aiz latest entry
Blogger Dah Upgrade Comment Moderation.. Jom Ushar
Salam Ziarah Ckin!!
Semoga Bulan Ramahdna ini dipenuhi dengan amal yang intensif! ^_^
Teruskan perjuangan seorang serikandi Muslimah. :)
Terima kasih..
InsyaAllah smoga apa yang dikongsi dapat mmberi manfaat kpd org lain...
Good dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you on your information.
Anonymous > ur welcome..keep going on reading..n_n
Post a Comment