Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Neraka, bersediakah kita? ::.

Tuesday, August 10, 2010

Assalamualaikum...
Ckin nak berkongsi ilmu yang Ckin dapat waktu kat Poli masa Sem 1 dulu nih... Mengenai neraka... Berikut adalah info penting ttg neraka yang kadang-kadang kita lupa tentangnya... 

1) Siapa yang akan berada di dalamnya?
  • Tingkat Pertama - Sebahagian ulamak Salaf meriwayatkan bahawa orang-orang mukmin akan              ditempatkan di sini kerana dosa-dosanya
  • Tingkat Kedua - Orang Yahudi
  • Tingkat Ketiga - Orang Kristian
  • Tingkat Keempat - Kaum Sabi'in
  • Tingkat Kelima - Kaum Zoroaster
  • Tingkat Keenam - Arab Musyrik
  • Tingkat Ketujuh - Orang-orang Munafik

2) Nama neraka
  • Jahannam
  • Lazha 
  • Huthamah
  • Sa'ir
  • Saqar
  • Jahim 
  • Hawiyah
3) Lokasi
  • Tidak boleh dibincangkan (hanya Allah Yang Maha Mengetahui)
4) Pintu Neraka
  • Terdapat tujuh pintu dan ada lapisan 
  • Pintu tersebut akan dikunci rapat-rapat (dgn gerendel besi)
  • Tiang-tiangnya dibuat daripada besi
5) Bahan Bakar
  • Terdiri daripada batu-batu yakni batu belerang
  • Terdiri daripada orang-orang yang derhaka kepada Allah s.w.t.
  • Batu belerang diciptakan Allah pada langit pertama pada hari Alah menciptakan langit dan Bumi.
** Belerang ada 5 sifat iaitu :
  • Mudah terbakar
  • Tidak sedap baunya
  • Mengeluarkan asap yang banyak
  • Mudah menempel pada kulit
  • Sangat panas jika dipanaskan
6) Contoh Neraka
  • Neraka Saqar - Terdapat 19 penjaga yang kasar dan tegas 
                                - Menghanguskan kulit manusia (Surah al-Muddatstsir, 74:26-30)

Nabi s.a.w. bersabda : 
Neraka Jahannam akan diperlihatkan pada hari Qiamat dengan 70 ribu utas tali, yang masing-masing akan dipegang oleh 70 ribu malaikat. 
(Riwayat Muslim)

<< Ingatan Bagi Pelupa >>

p/s : sekiranya ada kesilapan, tegurlah... Wallahua'lam. 

0 Comments:

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP