.:: Tazkirah Ustaz Abdullah Khairi ::.
Monday, August 23, 2010
Assalamualaikum..macam mana dengan iman sahabat2 sekalian? Puasa ok? Dah 'syahid' puasa ka?..
Ok, hari ni Ckin nak cerita cket mengenai ilmu yang Ckin dapat semalam di Masjid Jamek An-Najah. Tau x sapa yang mai bagi ceramah semalam? Haa.. Nama ustaz ni ialah Ustaz Abdullah Khairi. Ustaz ni kalu bagi cermah mmg sangat menyentuh dan sedikit sebanyak memberi motivasi kepada diri kita. Tak percaya? Boleh search kat You-Tube k..n_n..
Semalam, ustaz memulakan ceramah beliau dengan sebuah kisah antara Abu Dzar dan Rasulullah s.a.w. Terjadilah dialog antara mereka berdua. Rasulullah bertanya, "Wahai Abu Dzar, apabila kamu melalui satu perjalanan yang jauh, adakah kamu akan membawa bekal? Jawab Abu Dzar, "Ya Rasulullah, sudah semestinya" Tanya Nabi lagi, "Adakah kamu sudah menyediakan bekalanmu ke akhirat? Mahukah jika aku khabarkan kpd kamu bekal itu?" Jawab Abu Dzar, "Berpuasalah kamu di siang hari yang sangat terik".
Tingkatkan Keimanan, Mengharap Keredhaan Allah dan Jangan Sombong
"Sekiranya kamu menjaga Allah, pasti Allah akan menjaga kamu".
Begitulah seperti yang diungkapkan oleh ustaz semalam. Terkesankah di hati kita ni mengenai barakahnya Ramadhan dan bertapa pentingnya Ramadhan? Perlu diingatkan, jangan ada sikap takabbur mahupun sombong dalam diri kita tambah2 di bulan yang mulia ini. Waktu di bulan inilah kita mahu mencari sebanyak mungkin bekal bagi menuju di akhirat sana. Ckin nak berkongsi cerita mengenai kisah Iblis sewaktu suatu ketika dahulu.
Pada suatu ketika dulu, Iblis merupakan ulamak kepada seluruh malaikat dan namanya yang sebenar adalah Azazil. Haa..ramai yang tak tau kan?.. Ceritanya mula macam ni.. Dulu, telah dikhabarkan kepada mereka yang berada di syurga bahawa ada seorang manusia yang akan dikeluarkan daripada syurga. Jadi, kesemua penduduk syurga ni memaklumkan kepada Azazil(Iblis) ini.
Mereka berkata,
"Wahai guru kami, tolong doakan kepada kami agar kami bukanlah terdiri daripada golongan yang akan dikeluarkan daripada syurga ini"
Lalu, Azazil pun mendoakan setiap orang yang berada di dalam syurga agar penduduk di sini tidak akan dikeluarkan darinya. Tapi, kesilapan yang telah dilakukan oleh Azazil ini adalah apabila dia tidak mendoakan dirinya sendiri. "Yalah, mana mungkin aku akan mendoakan diri aku sendiri kerana aku ini adalah ulamak kepada seluruh malaikat". Nampak? Itu tandanya sikap takabbur ada di dalam dirinya. Maka, dialah yang terkeluar daripada syurga tu...
Rombongan Umrah Beri Hidayah Kepada Tiga Insan
Ckin nak berkongsi jugak pengalaman ustaz yang baru saja menguruskan pakej rombongan umrah ke Masjidil Haram. Ustaz ke sana dengan membawa 89 orang jemaah termasuk ustaz jadi 90 la kan. Pastu, ustaz pun cakap bukan semua yang pergi ke sana ni adalah orang yang baik-baik, maksudnya yang pergi ni ialah orang yang pernah mmpunyai masalah yang agak kritikal dan mempunyai kisah silam yang agak terlampau.
Terdapat 3 kes yang pernah berlaku dan insan-insan ini ingin bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.
Insan yang pertama ialah seorang yang kaki pukul. Di tangannya ada tatu 'Scorpion' yang memang besar. Mula-mula tu ustaz terkejut, tapi insan tu cakap kat ustaz, "Ustaz jangan tanya apa-apa. Dulu saya ni kaki pukul dan tatu ni mmg ada di badan saya. Bolehkah saya nampak kaabah ustaz?..."
Jawab ustaz, "InsyaAllah, doalah dan mintalah kepada Allah supaya kamu nampak..."
Insan kedua, seorang lelaki datang berjumpa dengan ustaz. Dulu insan kedua ni pernah diajak beberapa kali oleh ustaz utk join sama pegi umrah ni, sbb dia ni jenis yang berkemampuan. Duit banyak. Suatu hari, dia jumpa ustaz and cakap kat ustaz yang dia nak join trip kali ni. Waktu tu bulan 1. Ustaz pun cakap kat insan ni yang rombongan seterusnya akan bertolak pada bulan 6, dia pun kata ok. Lalu, dia bagi wang pendahuluan RM1000 berserta dengan pasport kat ustaz. Ustaz terkejut. Dalam tu hanya ada dua tempat dia pi. Kalu tak silap ke Thailand and satu lagi tak ingt dah.. Lelaki ni pun cakap kat ustaz, "Ustaz, dulu saya ni kaki perempuan. Tapi saya nak bertaubat. Bolehkah saya nampak kaabah ustaz?..."
Jawab ustaz, "InsyaAllah boleh. Berdoalah kepada Allah..."
Insan ketiga. Permulaannya, insan ni jemput ustaz datang ke rumahnya untuk baca Yasin. Pastu, lepas habis baca dia panggil ustz ke satu sudut ni. Dia cakap, "Ustaz, malam ni baru saya berhenti." Ustaz jadi pelik. Berhenti? Dari apa? Jawab insan ketiga ni, "Ustaz, saya ni dah hisap ganja selama 30 tahun. Malam ni baru berhenti....Bolehkah saya lihat kaabah ustaz?" Jawapan yang sama diberikan kepada dia, "Berdoalah kepada Allah.."
Ustaz mula mengorak langkah dan stiap kali ada peluang walaupun sedikit, ustaz akan memberi tazkirah bagi memberi semangat kepada insan-insan yang mengikuti rombongan kali ini hatta di dalam kapal terbang mahupun di dalam bas. Tujuan ustaz? Untuk mem'basuh' kembali hati-hati mereka ini.
Jangan Sombong
Sebelum memasuki pintu Masjidil Haram, ustaz berpesan kepada seluruh jemaah yang ikut tu, "Pastikan kamu buang segala perasaan bangga diri, sombong dan takabbur dari dalam diri kamu. Jangan biar ada lagi dalam hati kamu. Sekiranya ada, istighfarlah. Moga-moga kamu akan diampunkan..." Semua jamaah mengikut stiap apa yang ustaz gtau agar tidak terlepas dari kebaikan yang akan diterima. Tetapi, ustaz tiba-tiba sedar yang ada sorang daripada jemaah tu tertinggal di belakang.
Bila dah cari tu, ustaz ternampak sorang makcik ni. Dia baru datang ke tmpat jemaah. Ustaz tanya, "Makcik..mai sini. Awat makcik tak ikut saya?" Balas makcik tu, "Ustaz, makcik dah mai sini 5 kali. Takkan tak tau jalan balik kot?..." Ustaz jawab, "Makcik, saya dah pesan, jangan ada sikit pun perasaan takbur dalam diri. Ingat tu..." Makcik pun cakap, "Takpa ustaz, ustaz bawak
Proses seterusnya adalah pergi tawaf kemudian ustaz menunggu semua jemaah di satu sudut berdekatan dengan Hajarul Aswad. Di situ, adalah tempat yang paling mustajab apabila berdoa. Ketiga-tiga insan tadi jumpa ustaz dan ustaz suruh depa ni berdoa. Ustaz cakap, "Doalah dan mintak ampun daripada Allah. Sebutkan dosa dan mintak ampun..." "Kalau dengar dosa-dosa yang disebutkan, kita pun terkejut sbb tak terlintas pun di fikiran kita untuk buat benda tu..."kata ustaz..n_n..
Allah Tutup Pintu Rumah-Nya
Pastu, dah selesai semua, ustaz pun ajak jemaah balik. Tiba-tiba, ustaz tengok makcik ni duk jalan dari satu tempat ke satu tempat berulang kali. Pastu ustaz tu pun panggil makcik tu and tanya makcik tu nak pi mana? Makcik tu tanya, "Ustaz,mana jalan keluar? Makcik tak jumpa jalan keluar..." Ustaz pun bertanya, "Makcik, makcik ada buat salah dengan Allah?" Makcik tu pun jawab, "Ya ustaz...makcik sombong..." Ustaz pun suruh makcik tu pi kat tempat yang mustajab doa berhampiran hajarul aswad tu and suruh makcik tu mintak ampun daripada Allah... Makcik tu pun pi sana.. Menangis dan kesal atas dosa-dosa lalu.. Setengah jam kemudian, makcik tu pun jumpa ustaz dan ustaz pun tanya, "Makcik,makcik nampak tak pintu keluar tu?..." Makcik tu cakap ya dan setelah keluar, dia berdiri dekat pintu tu and menangis puas-puas atas keslahan yang makcik tu dah buat... Teresak-esak dengan kesalahan sendiri... Begitulah kisah dari siri pertama.. InsyaAllah Ckin akan sambung esok dengan perkongsian ni... Wallahua'lam.
p/s : Esok... Jangan Memberi Banyak Alasan...n_n...
3 Comments:
sgt menarik dan bermanfaat perkongsian ini :)
Cerita terbaru di blog: Ya,sayalah yg nak kawin tu...
nice and cool n3
iqbal > sambung hari ni dengan tazkirah yg sama..jgn lupa baca..n_n..
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o > jgn lupa ikuti siri seterusnya..
Post a Comment