.:: Soalan Yahudi kpd Nabi Muhammad s.a.w. Ttg Solat ::.
Thursday, August 26, 2010
Assalamualaikum sahabat2 sekalian...
-- Yang mana satu kita? -- |
Memandangkan Ckin tak ada apa nak kongsi mengenai tazkirah Ramadhan semalam, Ckin plan nak post entri ni mengenai apa yang Ckin dah catit dalam buku Ckin... Ckin ni jenis yang suka mencatat apa yang ustaz ataupun sesiapa pun yang bagi ceramah ataupun ilmu... Ilmu tu ibarat kuda, kita kena ikat dia, kalau tidak, dia akan lari jauh...n_n...
Banyak sangat.. Tapi, biarlah slow2 kan supaya sahabat2 sekalian and Ckin dapat refresh balik ilmu22 yang penah kita dapat ataupun belum pernah kita dapat.. Illmu yang ada insyaAllah akan dikongsikan untuk sama-sama kita menambah ilmu yang ada.
Suatu hari pihak Yahudi bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w,
"Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat"
Nabi s.a.w. bersabda :
"Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, solat zohor, pada saat itu nyalanya api neraka Jahannam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahannam pada hari Qiamat
.
Sabda Rasulullah lagi :
"Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir"
Setelah itu Rasulullah s.a.w. membaca ayat yang bermaksud :
"Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan. Solat Maghrib itu adalah solat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankannya.
Solat Isyak (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Qiamat, maka seorang mukmn yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, Allah s.w.t. mengharamkannya daripada terkena nyalanya api nereaka dan diberinya cahaya untuk meyeberangi titian sirath"
Sabda Rasulullah yang seterusnya,
"Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah dua kebebasan iaitu : Dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafiik).
Sahabat, fadhilat ataupun kelebihan kita dah tau kan?...
InsyaAllah mungkin lepas ni kita semua boleh jadikan ini sebagai semangat kepada kita untuk lebih istiqamah di jalannya...
p/s : Dlm hati ni semakin rasa takut dengan kematian....='(
7 Comments:
nice :)
benarlah..imam ghazali pun pernah berkata,'Aku tak pelik jika melihat manusia terbang,tapi aku pelik melihat ada manusia yg mampu solat berjemaah setiap hari tanpa pernah tinggal'..
Ganjaran org yg 40 hari solat berjemaah dan dapat takbir ratul uwla bersama imam,kelepasan baginya drpd sifat munafik dan api neraka...huhu
btul tu..disebabkan kita tak nampak ganjaran Allah yang buat kita alpa kan?.. sama2 renung balik..n_n..
terima kasih nice n3
very nice sharing.syukran :D
tiap apa yang allah suruh lakukan, pasti ada ganjarannya..cuma kita sebagai hamba selalu alpa dengan suruhannya..
fuh, naik jasbah...
Sekian lama, baru prasan komen2 kat sini tak dibalas. Yang mana baik jadikan pedoman...
p/s : Rindukan Nabi... =_=
Post a Comment