Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Sambungan Tazkirah Ustaz Abdullah Khairi ::.

Tuesday, August 24, 2010

Assalamualaikum.. Sahabat2 sekalian macam mana? Dah baca Tazkirah Ustaz Abdullah Khairi yang Ckin post?... Haa.. kena la baca. Sbab apa? Bulan ni banyak2kan la cari sebanyak ilmu yg ada kan.. Bleh guna bila2 nanti... Rugi kalu tak baca.. Eh..Eh..Ckin lupa nak perkenalkan sapa sebenarnya Ustaz Abdullah Khairi ni..

-- Dulu Engineer, Sekarang Cikgu, Malam Ustaz --

Hmm.. Ada jugak gtau kat kawan-kawan lain ttg ilmu ni, tp masih ada yg tak kenal rupanya ustaz ni.. Haa..Ustaz ni femes kat bahagian utara nih.. Mungkin sbb tu orang kat sebelah selatan tak kenal sangat kan...hehe Tengok la gambar ustaz ni naa..mana tau kenal.. Kalu nak dengar sendiri suara ustaz ni, bleh la cari kat You Tube k.. Ok, nak sambung story...

Tidak Lain Hanyalah Untuk Menyembah Allah

Allah s.w.t. menyebut dalam kitab suci Al-Quran, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadat kepadaKu". Bermaksud di sini, kita ni hanyalah hambaNya yang sangat lemah. Tak perlu kita nak bermegah-megah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Setakat ilmu yang kita ada ni pun mungkin hanya ibarat debu kalu nak dibandingkan dengan ilmu Allah Taala. Kalau setakat nak sombong dan takabbur dengan apa yg kita ada pada hari ini, tunggulah... Mungkin dengan apa yang kita ada tu, bermaksud Allah ingin menguji kita???

Sekiranya ada perasaan yang macam tu, cepat-cepat 'Istighfar'.. Mintak ampun kepada Allah walaupun bukan dalam keadaan solat. Selalunya, nak tunggu solat Taubat, barulah nak mintak ampun dan maaf sedangkan istighfar boleh diucapkan di mana-mana hatta sedang menaiki kenderaan mahupun sedang berjalan.

"Hendaklah kamu solat sunat dua rakaat di tengah malam bagi cahaya di siang hari"

Kata-kata ni Ckin tak pasti ianya hadis ataupun tidak, tapi bekalkan siang kita itu dengan solat sunat di malam hari. Cakap memang mudah, tapi nak buat tu....Hmm.. Ckin pun sama jugak. Manusia biasa. Bukannya mampu nak bangun tahajjud di sepertiga malam tiap2 hari, tapi dugaan tu ada.. Kalu ikutkan, ramai yang akan memberi banyak alasan kan?... Tak terjaga, malas, mengantuk, tertidur balik and macam-macam lagi... Kadang tu, Allah nak bgi peluang untuk kita bangun di tengah malam, tapi disebabkan alasan-alasan macam ni lah yang buatkan kita tak buat, kan? Ckin pun jadi jugak macam tu. Pasni, kena lebih lagi berdoa agar Allah bantu kita untuk sama-sama bangun malam. Walaupun setakat 2 rakaat, jadi la.. Asalkan bangun and buat ckit-ckit... Kalu dah buat tiap-tiap hari, kan dah jadi tabiat bagi ktia. So, tidak ada kesusahan lagi la....n_n...

Nak Bagi Alasan Lagi??

Ckin nak berkongsi bayangan yang ustaz cuba sampaikan kepada kami para jemaah pada malam ustaz bagi tazkirah tu. Selepas keluar dari pintu Masjidil Haram, ustaz pun ajak jemaah yang pergi umrah tu untuk mendaiki Jabal Nur. Namun, pelbagai alasan yang timbul.

" Ustaz, sakit lutut la..."
"Ustaz, penatla..."
"Ustaz, takut jatuhla..."

Lastly, bila dah jadi macam tu, ustaz mula memberi tazkirah... Tujuannya? Untuk menaikkan semangat pahlawan Islam le... Then, terdapat 26 orang jemaah yang terdiri daripada golongan muda yang nak ikut ustaz naik ke Jabal Nur. Dengan semangatnya, ajak ustaz naik ke atas. Setiap seorang membawa 4 botol air sebagai bekal sepanjang pendakian. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, Jabal Nur mempunyai 4 peringkat perhentian dan sekarang ni dah ada tangga bagi memudahkan jemaah ke sana. Jabal Nur bukan macam bukit biasa, tapi dia agak mencuram. Macam tu lah seperti yang digambarkan oleh ustaz.
Macam menarik kan?...

Bila dah mulakan pendakian, orang-orang muda ni bersemangat berkobar-kobar la kan. So, mereka ni pun berjalan dengan laju dan dikategorikan agak tergesa-gesa. Bila sampai di perhentian yang pertama, group muda ni mintak nak berhenti rehat selama 5 minit kat ustaz. Ustaz pun cakap, ok lah.. Rehat sat. Minum air habis dua botol. Baru di perhentian yang pertama kan?...
-- sekadar hiasan --

Sebelum tu, ada sorang pakcik ni juga bangsa Arab, naik jugak ke atas Jabal Nur tu dengan menggunakan tongkat. Dia naik satu demi satu tangga tu. Istiqamah ja. Tak berhenti langsung. Bila group jemaah muda ni berehat, mereka pun nampak pakcik ni berjalan dengan gaya yang maintain ja...

Pelik..

Pastu, ustaz pun cakap kat jemaah muda,
 "Tu, cuba tengok! Pakcik tu tadi jalan dengan kita. La ni dia dah potong hampa. Apalah, umur hampa muda lagi, tapi dah tak larat!" 

Nada kuat suara ustaz ni..n_n.. Pastu, group jemaah ni rasa semangat lagi la... cakap kat ustaz, "Ok Ustaz. Jom! Kami semangat nih..."

Pastu mereka pun naik lagi sekali, bila naik terlalu laju, badan jadi penat sbb Jabal Nur mmg mencuram walaupun ada tangga. Group ni suka bila dapat potong pakcik tadi tu sbb tadi kan dah kalah. Tapi, bila semakin hampir dengan peringkat bukit yang kedua, mereka jadi penat kembali. Mintak kat ustaz nak berehat lagi 5 minit. Mereka pun berhenti. Habis dah 4 botol air. Memang tak ada simpanan lagi. Dalam kalangan group tadi, ustaz la yang paling tua iaitu 43 tahun. Yang lain mungkin hanya sekitar 30-an. Muda la tu... Tapi, disebabkan terlalu laju, banyak tenaga habis.

Sedang duduk berehat, sekali lagi mereka ternampak pakcik tadi melalui jalan yang sama. Mereka terkejut! Pakcik ni tak berhenti langsung. Kemudian, ustaz memanggil pakcik ni dan bersembang (in Arabic) dengan pakcik ni.

Ustaz : Pakcik nama apa?
Pakcik : Namaku Abdul Hamid.

Ustaz : Pakcik umur berapa?
Pakcik : Cuba teka?

Ustaz : Sitteen (60 thn)?
Pakcik : Tidak..Tidak..

Ustaz : Sab'in (70 thun)?
Pakcik : La'..La' (Tidak..Tidak..)

Ustaz : 75 ?
Pakcik : Tidak..Tidak..

Ustaz : Umur pakcik ni berapa sbenarnya?
Pakcik : Umur pakcik adalah 81 tahun.

Ustaz : Subhanallah... Pakcik mampu menaiki Jabal Nur ni dengan tanpa rehat, tapi kami yang masih muda ni tak mampu lagi... Pakcik selalukah naik Jabal Nur ni?...
Pakcik : Pakcik tidak lah kuat sangat, pakcik tidak la naik tiap-tiap hari, cuma naik seminggu sekali saja.

Ustaz : Subhanallah.. Dahsyat pakcik ni.. 
Pakcik : Pakcik tidaklah dahsyat.. Tapi, masih ingatkah lagi dengan seorang wanita yang muda 13 tahun dari usia Nabi iaitu sewaktu umurnya 55 tahun, dia menaiki Jabal Nur ni sehari dua kali. Waktu tu, tidak ada tangga macam sekarang. Kenalkah kamu dengan wanita ini?

Ustaz : Ya pakcik, saya kenal. Dia ialah Khadijah Khuwailid. (Meleh air mata keinsafan)

Apabila ustaz berpaling ke belakang, ustaz tengok semua jemaah yang ikut pendakian tu turut menangis dengan air mata keinsafan. Kemudian, ustaz memberi lagi tazkirah kepada semua jemaah yang hadir.

"Wahai jemaah sekalian, adakah kali ini kamu mahu naik semata-mata dengan kekuatan yang kamu ada?" 
"Tidak ustaz... Kami nak naik kali ini ke puncak sebab kami sayang Nabi."
"Ok,jom! Kita gerak sekarang.."

Akhirnya, sampai juga group jemaah ni ke puncak. Ustaz pun memberi lagi tazkirah. Di sinilah Rasulullah beruzlah tatkala menghadapi masalah suatu ketika dulu... Sekali lagi air mata keinsafan jatuh disebabkan insaf akan kekerdilan diri.

4 Comments:

Mar August 24, 2010 at 9:00 PM  

knal ustaz nie,..
insyallah kna istiqomah selau utk tgkatkan amalan,..jgn mendabik dada menyatakan diri dah cukup dgn amalan2 yg dilakukan,..

Ckin Kembaq August 25, 2010 at 8:12 AM  

ustaz ni femes...kalu bercakap kt depan,takkan lena..sbb dia pandai tarik minat jemaah yang join ceramah tu..

Anonymous,  April 1, 2011 at 12:08 AM  

Salam.......saya dah lama nak cari ustaz ni.....mcm mana nak dapatkan contact ustaz nie...email pun takpe...Tq

Boleh email saya ktj_kl@yahoo.com

Ckin Kembaq April 1, 2011 at 9:54 AM  

Wkmslm.insyaAllah sy akan cuba naa..maybe hari ahad ni sy mklumkan sbbnya sy kena pi kem.. ^_^

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP