Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Jom Tengok Sunat2 Ketika Berwudhuk! ::.

Friday, August 6, 2010


Assalamualaikum...
Ckin nak kongsi ttg kelebihan perkara2 sunat wudhuk utk lebih mendapatkan pahala...


Perkara sunat sebelum berwuduk :


1) Bersugi (gosok gigi)


Sunnah Rasulullah amat menggalakkan umatnya bersugi. Kalau difikirkan secara logiknya pun, memang patut pun kita gosok gigi kan..Mana la tau kita g makan macam2 then trus nak solat, mungkin nanti bila tengah baca surah, ter'sendawa'...haa..kan tak sedap baunya kan...hehe kalu nak jumpa bos or org penting, kita msti nak bersiap kemas2 kan..tapi, bila nak jumpa Allah buat endah tak endah saja...patutkah kita??

Rasulullah bersabda :
"Sekiranya tidak memberatkan umatku,nescaya aku akan perintahkan mereka untuk bersugi". 
(Muttafaqun Alaih)

2) Membaca basmalah

Pada permulaan wuduk, kita perlu membaca basmalah dan ada ada terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "...tidak ada wudhuk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah". Haa, kan dah jelas lagi terang tu.... 


Tapi, seandainya kita terlupa membaca basmalah semasa tengah berwudhuk, bolehlah kita membaca 'Bismillahiawwaluhu wa akhirihi' yang bermaksud 'dengan nama Allah yang tidak ada permulaan dan pengakhiran'.

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Thabrani,  
ada disebutkan bahawa 
Rasulullah telah bersabda kepada Abu Hurairah r.a. yg bermaksud :

 "Apabila kamu berwudhuk, maka ucapkanlah Bismillahiwalhamdulillah". Jika engkau memeliharanya maka akan dituliskan kamu kebaikan yang tiada henti sehingga wudhukmu batal".



3) Melebihkan basuhan

Kita disunatkan melebihkan basuhan anggota wudhuk kita contohnya di siku, kaki, dll.. 


Rasulullah bersabda :
 "Sesungguhnya umatku akan datang pada hari qiamat dengan wajah yang tenang dan bersinar kesan daripada wudhuk. Sekiranya kalian mampu melebihkan (batas kawasan) membasuh muka, maka lakukanlah."
(Muttafaq 'alaih)

Dulu, Ckin pernah jugak pernah dapat ilmu ni yg mengatakan kalau kita melebihkan basuhan anggota sebelah kiri, maka anggota tersebut akan bercahaya ketika di hari Qiamat nanti...and sekarang ni Ckin amalkannya...alhamdulillah..

4) Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung

Ibn Juraij meriwayatkan bahawa Rasululullah s.a.w. bersabda :
"Jika engkau berwudhuk, maka berkumur-kumurlah."
(Riwayat Abu Daud)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan sabda Rasulullah yang bermaksud :
"Sesiapa yang bersudhuk maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidungnya dan mengeluarkannya kembali..."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

5) Menyapu semua bahagian kepala.

6) Mendahulukan bahagian anggota kanan.

7) Menghadap qiblat.


8) Membasuh telinga.


Perkara yang perlu diberi perhatian! : 

Pastikan bahagian rekahan tumit terkena dengan air wudhuk. 
Rasulullah bersabda dengan suara yang tinggi sebanyak dua atau tiga kali yang bermaksud  :

"Celakalah tumit-tumit (yang tidak terkena air wudhuk) oleh api neraka"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selalunya golongan tua yang mengalami tumit rekah ni...mungkin sbb faktor usia ataupun banyak berdiri ataupun banyak berjalan... Jadi,manfaatkanlah masa2 muda ni utk masa2 tua nanti...InsyaAllah...

<< Ingatan Bagi Pelupa >>


p/s : yang baik kita amalkan naa...







2 Comments:

Ckin Kembaq August 6, 2010 at 3:50 PM  

hehe..tq gak bab singgah..hehe singgah le lagi naa..

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP