.:: Mendoakan Orang Bukan Islam ::.
Tuesday, August 24, 2010
Ckin nak sentuh ckit mengenai isu ni yang memang macam 'pisang goreng' hangat di pasaran. Kenapa isu ni dibangkitkan?.. Ustaz mempersoalkan kpd semua jemaah yang hadir di masjid malam tu.
Rasulullah pernah berdoa,
"Ya Allah, Kau berikanlah hidayah kepada kedua Umar ini mahupun salah seorang daripadanya iaitu Umar Ibnu Hisham (Abu Jahal) dan Umar al-Khattab".
Selain itu, tidak ada salahnya sebab mendoakan agar mereka ini diberikan hidayah dan bukannya mendoakan keburukan pun. Masyarakat pada hari ini cukup ilmu, tapi kurang bijaksana. Sebab tu isu ini menjadi besar. Ustaz lain pun ada cakap jugak, bila jadi benda ni menyebabkan golongan ustaz sukar untuk ke masjid-masjid bagi tujuan berdakwah sbb nanti masyarakat hanya akan nampak bab politik saja.
Di dalam masjid, tidak terdapat bulan atau dacing atau sebarang bentuk khusus politik, tetapi di sinilah ukhwah perlu diwujudkan. Sekiranya terjadi perkara sebegini di masjid, bukankah ianya mendatangkan keburukan dan perspektif negatif kepada orang luar, kan?...
Ada yang hina agama kita, hina masjid, simbah cat merah di masjid, baling botol arak ke rumah ibadat kita, tapi masyarakat Islam still nak menyalahkan antara satu sama lain. Sepatutnya bukanlah mencari kesalahan sesama sendiri, tapi mencari jalan penyelesaian yang lebih baik. Tau dengan apa? Buang dulu sikap ego, takabbur dan sombong dalam diri tu. Itulah punca utama terjadinya masalah ni. Kalau sikap masyarakat Islam masih berterusan macam ni, alamatnya, sampai raya la still berbalah dan hari-hari masuk paper sbb isu ni. Nak publisiti kah?.... Fikir-fikirkan...
Wallahua'lam.
<< Ingat-Mengingati Sepanjang Ramadhan >>
p/s : ilmu kalau tak dikongsi, nak sumbang kat mana pulak kan?...sama-sama ambil ibrah..n_n..
1 Comments:
betul2.. nice entri
Post a Comment