Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

.:: Sambungan Pengalaman di SMKANT ::.

Monday, August 16, 2010

Assalamualaikum...
Ckin ada cakap yang Ckin akan 'story-mory' kisah Ckin sepanjang kat SMKANT kan?.. Haa...alkisahnya macam ni la.. Waktu Ckin mula-mula masuk kat SMKANT, Ckin join kawad kaki Kadet Remaja Sekolah dan waktu tu Ckin hanya jadi simpanan for the kawad le and bukan platun utama... Pastu lak, kebetulan atau memang takdir, sorang kawan kami kat SMKANT tu dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke KISAS, Selangor. Ckin pun dipilih untuk jadi kepala di bahagian tengah dalam platun KRS. 


Wah! Memang tak sangka. Sebelum ni kat sekolah lama, Ckin diajar kawad asas saja. Tapi, bila join ngan kawad ni, diajar A to Z tau.. Dulu ada dengar kawad yang ada bunga la and macam2 la.. Baru tau rupanya macam ni bila dah start berkawad.  Banyak benda yang Ckin belajar kat cni. Cara jalan yang betul, jalan perlahan, byk gk tu ilmu...walaupun sebenarnya ckit kan?..  Mula-mula kawad di peringkat Daerah, alhamdulillah berjaya. Selama sedekad, team KRS SMKANT tak pernah kalah di peringkat daerah tau...hehe bukan nak bangga, tapi itulah hakikatnya.. Then sambung pulak ke peringkat negeri. Kebetulan tahun ni pulak ada kawad peringkat negeri 2 kali iaitu di peringkat KRS dan BELIA. 

Alhamdulillah, dua2 menang. Memang tersangat puas. Pastu pulak, sambung ke peringkat kebangsaan. Tak sangka betul. Mungkin selama ni tengok team lain je dapat masuk ke peringkat tertinggi, tapi kali ni team Ckin dapat masuk. Pengalaman tu. Alhamdulillah bagi peringkat BELIA, team kami menang. Waktu ni, pertandingan kawad kaki ni diadakan di Kuala Lumpur dan persembahan kawad diadakan di Stadium Bukit Jalil. Memang ramai sangat la time tu.. Menjerit-jerit la penonton ni bila tengok persembahan kawad.

Yang tak boleh tahan tu, kami yang kawad ni tak dengar suara ketua platun sbb jerit penonton lagi kuat dari suara ketua platun.. Haa..sabar je la..sbb Ckin ada gak silap cket, sbb mmg tak dengar..ngehehe Pengalaman waktu kat cni, ada gak yang Ckin tak boleh nak story-mory tapi ada pengjaran yang Ckin dapat. Tau apa? Haa..balik ja dari kawad tu, Ckin kena demam panas yang agak teruk.

Memang dahsyat giler..huhu Tu la, sapa suh buat salah? Kan dah kena kiffarah dari Allah.. Stop kawad kat situ. Tapi, yang sedihnya waktu kawad di peringkat kebangsaan untuk KRS, team Ckin dah kalah. Maybe semua orang dah letih sangat time tu. Lupa pulak nak gtau, kami kawad ni dari bulan 3 hingga bulan 5 cmtu la tahun 2007, waktu Tingkatan 4... Ckin pun asa penat gak sebenarnya...tapi, yang penting, Ckin dpt pengalaman yang Ckin tak pernah dapat kat SMK Paya Keladi selama 3 tahun..n_n..


Bila sampai sana, ada lagi yang melayakkan Ckin ke peringkat kebangsaan. Tau apa? hehe Ckin dapat join Kuiz Kemahiran Al-Quran yang diadakan di Pahang. Memang melancong jugak le tahun tu..hehe Actually, dulu kat SMK Paya Keladi, Ckin masuk Kelas Kemahiran Al-Quran disebabkan Ckin tak dapat masuk SMKANT time tu.. Hanya ada satu je kelas tu. Apa yang specialnya? Dalam kelas tu ada matapelajaran Bahasa Arab. Itu yang special.


Kalau nak gak masuk SMKA hatta di Tingkatan 4, kita kena la ada subjek Bahasa Arab dalam peperiksaan kita kan?..sbb tu mak hantar masuk ke kelas tu. Dalam kelas tu ada mengajar subjek kemahiran Al-Quran di mana kita akan belajar tajwid, tarannum and so on. Alhamdulillah jugak bila di Tingkatan 2, barulah Ckin minat kedua-dua subjek tu and sedar yang subjek tu penting dalam hidup ni tau... bila exam, markah subjek tu mesti tinggi. Sbb ustz yang mengajar Ckin tu mmg pandai. Ustaz Zawawi berjaya tarik minat Ckin ke arah subjek Bahasa Arab and ustaz faham studentnya ni macam mana..

Haa..meyimpang jauh dah ni..hehe sambung balik pasal nak gi kuiz tu. Waktu tu, Ckin nak Ckak ikut sekali, and waktu ada ujian tu, Ckin tolong la Ckak bagi dapat jawapan betul. Hah! KANTOI! Tapi, tak salahkan?..hehe and alhamdulillah..orang yang terpilih ke kuiz ni ada 3 orang iaitu Ckin, Ckak and sorang pelajar lelaki, Amar Safwan. Dalam tempoh beberapa ketika, kami pun mengulangkaji balik apa yang sepatutnya kami belajar. Cuma bila tiba hari pertandingan, team kami tak dapat masuk peringkat akhir. Sedih giler...hwaa... tapi, mungkin perjuangan kami setakat ni saja. 

Yang penting, team kami dah berusaha kan?..n_n.. Tu antara pencapaian Ckin kat sana sewaktu mula2 masuk ke SMKANT. Pastu dah tengah2 ckit kat sana, Ckin ditawarkan jadi Pengawas Pusat Sumber.  Pastu terlibat pulak dengan Badan Dakwah dan Rohani(BADAR)..Mungkin banyak kelemahan, tapi Ckin masih belajar. 

Apa yang penting, kenangan kat sana takkan Ckin lupakan sampai bila-bila... Terlalu banyak untuk dikongsi, tetapi bagi Ckin hubungan yang terbina di zaman persekolahan takkan kembali lagi dan takkan sama kenangan tu... Ckin rasa beruntung sbb Allah dah beri peluang kat Ckin untuk rasa nikmatnya zaman persekolahan yang penuh ranjau berliku dan Ckin amat hargai setiap apa yang orang dah buat kat Ckin hatta tak nampak secara zahir ttpi terkesan di hati...Sangat beruntunglah bagi orang-orang yang dapat menghabiskan usia remajanya dengan baik. Wallahua'lam.



p/s : itulah yang dinamakan kenangan yang terindah..n_n..

5 Comments:

hamzah ian August 16, 2010 at 7:02 PM  

wah wah wah.. teringat pulak time aku skolah2 dulu2.. haha

hamzah ian August 16, 2010 at 7:02 PM  
This comment has been removed by a blog administrator.
Ckin Kembaq August 17, 2010 at 8:29 AM  

hehe..mmg pun..takkan dapat dah zaman2 sekolah dulu...waktu tu mmg bez...duduk kat asrama,badan naik,kuar dari skolah,trus mendadak gak trun brat..hehe

FCUTEAM August 17, 2010 at 9:46 AM  

tak sangka rupanya ckin join kawad2 nih ^___^

Ckin Kembaq August 17, 2010 at 1:44 PM  

uihh..mesti la..ngehehe cek suka kawad..alhamdulillah kejayaan yg datang kan...hehe depa duk kata kita lembut,takkan tak bleh kan kan..n_n..

p/s : lembut la sngt kan..gagaga

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP