Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat (Muhammad s.a.w.)

Powered by Blogger.

Kunci Kebahagiaan Mahligai Sakinah ^_^

Friday, August 13, 2010

Assalamualaikum..

Pada entri kali ini, Ckin nak menceritakan serba sedikit ilmu yang Ckin dapat semalam. Haa..sebelum tu nak gitau berita gembira. Ckak,kembar Ckin dah balik umah. Tapi, dia balik rumah dengan mulutnya melecet sbb gigi gerahamnya dah kena cabut..ngehehe ksian kat kembaq Ckin kan?


Tapi nak buat mcm mana kan..dah kna buang,buang jugak le..nak makan pun menyenget je kepala dia tu..gagaga ksian, tapi what can i do??just looking and laugh only..dia pun gelak..smlm time berbuka sembang gelak bukan main lagi Ckin, Ckak and adik..ngehehe Kenapa melecet?Sbb doktor laki tu ganas sangat Ckak kata. Ckin pun pelik la..dah jadi mcm tu kan...ish..ish.. Tak apa lah..Mungkin ni pengajaran bagi dia kot..hehe Mujur tak kna buang gigi depan, kalu tak hilanglah kecomelannya...ahakz

Ok, berbalik kepada kisah yang Ckin nak story hari ni..Semalam ada la Ckak tunjuk kat Ckin and adik satu ceramah yang disampaikan oelh Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya yang tercinta tu, ceramah mengenai Kebahagiaan Mahligai Sakinah..Ya Allah..Ckin mmg suka sangat kat suami isteri nih tau tak...Berilmu... Mmg benar apa yang disebutkan dalam hadis Nabi, orang yang berilmu ni akan dihormati oleh orang lain...Begitu jugak dengan pasangan suami isteri yang bahagia sangat ni..Baarakallahi 'alaihuma..

Pasangan Yang Serasi

Ingat lagi tak sewaktu sekolah dulu, ustazah or ustaz mesti pernah bertanya kepada kita mengenai pasangan-pasangan yang memang telah diciptakan di muka Bumi ini kan? Contohnya, pasangan malam adalah siang, pasangan langit adalah dengan Bumi, pasangan bulan adalah dengan bintang, pasangan Shah Rukh Khan adalah dengan Kajol, pasangan Hrithik Roshan adalah dengan Kartina Kapoor, pasangan Ustaz Wan Akashah adalah dengan Ustazah Siti Norbahyah dan pasangan Ilmu adalah Amal... Allah dah ciptakan dengan sebaik-baiknya pasangan-pasangan ini bagi menserasikan makhluk-makhluknya kan... Allah telah berfirman dalam Kitab Suci Al-Quran, ...Aku telah menciptakan makhluk di dunia ini berpasang-pasangan..."(boleh rujuk balik dlm surahnya ye..n_n)


Dalam satu hadis Qudsi ada mnyebutkan Allah berkata,

"Aku ingin menurunkan azab kepada penduduk Bumi, tetapi apabila Aku melihat orang yang memakmurkan rumah Allah, orang-orang yang cinta-mencintai kerana Allah dan orang-orang yang meminta ampun di waktu pagi, lalu Aku mengangkat kembali azab dari manusia".

Bila dah semakin meningkat remaja, mesti ramai yang inginkan keseronokan di duniawi ni.. Seronok agaknya tengok pasangan yang berpacaran di tepi-tepi jalan, berbalas-balas mesej, tangkap gambar sekali, bila tengah malam boleh sembang lama-lama and bla..bla...bla... Persoalannya, perlukah semua ini? Tanya diri kita balik apa yang sudah kita lakukan selama usia remaja kita ini. Sudah berapa banyak dosa yang kita dah tempah untuk diri kita?

Cinta...cinta...Cinta


Sepanjang perhubungan 'percintaan' dengan insan yang bernama lelaki ataupun perempuan, apa yang dah kita lakukan.  Mungkin di saat ini ada yang tengah bercinta, ada yang sedang mencari cinta, ada yang sedang berjinak-jinak dengan cinta, pesan Ckin, janganlah! Please.. Alangkah manisnya sekiranya perhubunngan percintaan itu tiada dalam kamus hidup sahabat-sahabat sekalian.  Ckin pun tak mustahil akan bercinta.  Moga-moga dipelihara Ckin daripada terjerumus ke dalam cinta nafsu.  Amin.


Suami? Apa tanggungjawabnya?

Seseorang suami perlu menjaga dan menyayangi isterinya dengan sebaik mungkin.Begitu juga dengan isteri perlu membelai suami dengan cara yang terbaik. Berkongsi masalah dah menjadi sahabat kepada suami ataupun isteri. Antara perkara yang boleh diamalkan adalah dengan menggunakan kaedah 4 K. 


1) Seorang suami perlu menjaga kesihatan isteri.

Menurut sahabat-sahabat sekalian, macam mana nak jaga kesihatan isteri ni? Pastinya dengan menjaga makanan dan sebagainya. 

Antara contoh yang boleh kita renungkan adalah mengenai kisah antara Saidina Ali dan Saidatina Fatimah.

Pada suatu hari, Ali pulang ke rumahnya. Kebiasaannya, Fatimah akan menyambut Ali di depan pintu. Begitulah isteri yang solehah. Tetapi, pada hari tersebut, ternyata Fatimah tidak menunggu kepulangannya seperti biasa. Ali menjadi hairan lantas masuk ke dalam bilik dan melihat Fatimah sedang berbaring di dalamnya. Tiada makanan yang dimasak oleh Fatimah ketika itu. Namun begitu, Ali tidak marah langsung kepada isterinya tersebut. 

Ali bertanya,"Wahai puteri kesayangan Rasulullah, mengapa kamu baring?Kamu tidak sihatkah?"" Begitu lembut pertanyaannya. Tidak marah-marah. Malah memanggil Fatimah dengan gelaran yang baik. Jawab Fatimah,"Ya, aku tidak sihat. Badanku tidak enak." Jawab Ali, "Kalau begitu, kamu tidurlah. Wahai puteri kesayangan Rasulullah, adakah kamu teringin untuk makan apa-apa?" Balas Fatimah,"Aku teringin untuk makan buah delima". 

Ali tekejut kerana pada ketika itu buah delima mahal harganya. Ibaratnya zaman sekarang, delima itu adalah anggur. 

Ketika itu juga tiada langsung wang di dlm poket baju Ali. Tetapi, disebabkan ingin menjaga isterinya itu, Ali pergi juga mencarinya. Ali mengambil upah untuk mengangkut air di sebuah rumah saudagar yang kaya. Akhirnya Ali mendapat upah sebanyak dua dirham lalu bergegas membeli buah delima yang diidam-idamkan Fatimah. 


Namun, Allah ingin menguji iman lelaki ini. Allah takdirkan Ali berjumpa dengan seorang pengemis tua di sebatang jalan. 

Lelaki itu bertanya,
"Bolehkah kau berikan aku buah itu?" 

Ali berfikir di antara dua. Buah ini amat diidam-idamkan oleh isteri aku. Patutkah aku memberikannya kepada lelaki ini? 

Sejenak berfikir, Ali teringat sabda Nabi, 
"..orang-orang yang suka menolong orang, orang-orang yang suka bersedekah, sesungguhnya dia dekat dengan Allah,dekat dengan syurga, dijauhkan dari neraka... Tanpa berfikir panjang, Ali lantas memberikan buah itu kerana Allah.  Apabila Ali tiba di rumah, dilihatnya Fatimah sedang menunggu di pintu rumah mereka. 

Ali brtanya,
"Wahai Fatimah, bukankah tadi kamu terbaring dan tidak sihat, apa yang membuatkanmu dapat bangun semula?" 

Jawab Fatimah,
"Disebabkan keinginanku untuk makan buah delima itulah yang membuatkan aku menjadi sihat". 

Ali mula berasa bersalah lantas meminta maaf kepada Fatimah,
"Aku minta maaf Fatimah. Tadi ketika dlm perjalanan pulang, aku bertemu dengan seorang pengemis, dia meminta dariku buah itu. Lalu aku memberikannya kerana Allah". 

Apabila mendengar Ali melakukannya kerana Allah, Fatimah berkata,
"Tidak mengapa Ali, aku redha dan aku pasrah. Mungkin aku tidak dapat makan buah itu di dunia, tapi aku boleh makannya di syurga". 


Begitulah taatnya seorang hamba kepada penciptanya. Mampukah kita?

Suatu hari, Salman datang berjumpa dan memberikan sesuatu kepada pasangan suami-isteri ini berupa bungkusan. Tanpa membuang masa, mereka membukanya dan melihat ada 9 biji buah delima di dalamnya. Ali bertanya dari siapakah buah delima itu? Salman menyatakan buah itu adalah hadiah daripada Rasulullah kepada Ali dan Fatimah. 

Lantas Ali berkata, 
"Sekiranya rezeki itu saya yang punya, pasti ada 10 biji di dalamnya." 

Salman berkata,
"Maaf Ali, saya sudah makan sebiji daripadanya". Barulah Ali menerima hadiah itu. 

Bolehkah kita menjadi seprti Ali?  Sanggup menunaikan hasrat isterinya untuk menjaga isterinya itu. Sesungguhnya syurga adalah ganjaran bagi mereka yang bertaqwa.

2) Menjaga keselamatan isteri. 

Seorang suami perlu menjaga keselamatan isterinya dari dua aspek iaitu fizikal dan perasaan. Seorang suami tidak boleh memukul isterinya seprti mendera, memukul atau menampar sehingga meninggalkan bekas walaupun untuk tujuan mengajar. Islam sudah menunjukkan jalan untuk memberi pengajaran kepada isteri seperti mengasingkan tempat tidur dan sebagainya. Sabda Nabi, seorang suami yang baik tidak akan memukul isterinya.


Dari segi perasaan pula, seseorang suami perlu lebih peka dengan isterinya. Jangan bercakap perkara-perkara yang isteri tidak suka. Jangan panggil dengan gelaran yang tidak disukai olehnya. Ada yang mengadu, "ustazah, bila dah lama kahwin ni, suami saya panggil saya Mak Mok. Saya tak suka. Tapi sebagai isteri saya tidak boleh melawan. Boleh tak kalau saya panggil suami saya dengan gelaran Abg Perut Boroi? sbb dia boroi?Ustazah menjawab,"Tak boleh puan, haa..kalau puan nak panggil jugak, panggil la Abang Roi..baru romantik..." (tersenyum Ckin ^_^)

Sewaktu bergurau, cakaplah benda-benda yang isteri suka. Panggil lah comel, sayang, manja,..bla..bla..  Asalkan isteri suka. 

Waktu mula-mula berkahwin, "Kaulah Kekasih Awal dan Akhir" Jamal Abdillah

Waktu tengah-tengah perkahwinan dah "Mula Keliru" Nurul dan Ajai

Waktu suami angkat tangan dan nak tinggalkan isteri di pintu, "Hai Hai Bye Bye" Ezlyn

Waktu nak pujuk isteri, "Relaku Pujuk" Spider

Waktu nak panggil suami pulang ke rumah, "Pulangkan" Misha Omar

Kemudian suami "Pergi Tak Kembali" Rabbani

Kebetulan pulak nama si isteri tu adalah Tipah, jadilah "Tipah Tertipu" Ruffedge

Mungkin ini sudah "Suratan Hati" Dayang Norfaizah

Bila dah jadi macam ni barulah semua bertanya "Soal Hati" Erra Fazira

Jangan jadi macam ni.. Renungkan kembali ke dalam diri kita, tanya balik, kenapa kita berkahwin? Apa tujuan kita berkahwin?Ada masalah?Macam mana nak hadapi?Nanti dah kahwin apa akan jadi?Mampukah kita nak tanggung isteri kita?Ingat, 

"Preparation is Better Than Cure".


3) Menjaga Kehormatan Isteri

Seseorang suami tidak boleh mendedahkan kelemahan seseorang isteri di hadapan orang lain. Hal-hal dalam kelambu haram diceritakan kepada umum. Ini tak, cerita macam-macam di pejabat mahupun tempat kerja, "isteriku pandai masak.. "isteriku pandai mengemas.." "tapi isteriku berdengkur...kuat pulak tu". 

Astargfirullahalazim. Jangan mengaibkan isteri anda ye.. Kalau macam tu, maybe jangan berkahwin la ye. Simpan dulu angan-angan tu. Kalau dah rasa dah ready untuk hidup berdua, barulah boleh plan nak kahwin naa..Sebagai lelaki kena ingat perkara ni, lelaki adalah pemimpin kepada perempuan. Lelaki yang baik adalah yang memimpin isterinya ke jalan-jalan Allah, memimpin ke jalan-jalan syurga, dan bukannya memimpin ke jalan-jalan neraka. Fikirkan dengan teliti, tundukkan hati, renungkan kembali....


4) Menjaga kasih sayang antara suami dan isteri.

Selitkan perasaan sayang dalam hati kita. Jadikan isteri sebagai sahabat dan sebagai teman kala suka dan duka. Jadikan rumah adalah syurga bagi insan yang hidup di dlmnya. Sebagai contoh, ikutlah cara Nabi berkasih sayang dengan isterinya. 


Suatu hari, Nabi berkata kepada Aisyah, 
"Wahai Humaira', aku ingin minum di tempat bekas minumanmu. Aisyah dengan perasaan yang gembira menunjukkan kepada Rasulullah tempat mulutnya di bekas minuman tersebut. Alangkah manisnya perhubungan suami isteri ini sekiranya bermula dari awal. Barulah tiada perasaan malu dalam diri. Sesungguhnya Allah menjanjikan pahala bagi suami yang melilhat isterinya, isteri melihat suaminya, ibu melihat anaknya, ayah melihat anaknya....Tak mahukah kita?

Amalan 4 K di atas adalah daripada seorang suami kepada isterinya. Takkan tak ada amalan yang boleh mendatangkan pahala dari seorang isteri kepada suaminya? Jawapannya ada.

Menurut sebuah hadis,

"Mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa disuruh, akan dikurniakan 7 ketul emas oleh Allah. 

Manakala, bagi mana-mana isteri yang mengurut suaminya dengan disuruh, maka dia akan memperoleh 7 ketul perak". 

Agak-agak sahabat-sahabat sekalian nak emas or perak? Ckin nak emas ^_^

Menurut kajian, suami yang memeluk isterinya sehari semalam 7 kali, prestasi kerjanya akan meningkat. Tak percaya? Cubalah sendiri ^_^


Tetapi, kalau dengan boyfriend atau girlfriend, tak boleh lah... Perempuan jangan bagi lelaki sentuh dirinya. Cakap macam ni ha ^_^  :

"Don't you ever touch me"

If you go, I miss You

If I go, you miss me

If we both go, I touch and Go...

Kita tak mau jadi macam ni. Nanti kes pembuangan bayi berlaku setiap masa. Mahukah kita? Kasihan bayi yang tidak berdosa tu.

Menurut kajian juga, apabila isteri menunggu suami depan pintu dan lambai-lambai suami, prestasi kerja suami meningkat 70 %. Kalau tak percaya, cubalah...


(bagi yang berkahwin sahaja..hehe) 

Tapi, nak lambai-lambai tu pun ada caranya. Cakap la dengan penuh kasih sayang, 

"Bye..Bye abang tata titu, Balik lambat tak buka pintu..."

"Pisau lipat dalam seluar, Balik lewat tidur kat luar..."

Haa..kan meriah suasanan rumah kan..Barulah suami bersemangat nak balik rumah awal. Sebab apa? Sebab isterinya dah tunggu di rumah nak smbut kepulangan suaminya. Alangkah bahagianya hidup kan?

Dalam hadis lain ada juga disebutkan,"Mana-mana isteri yang :

1. Melayan suaminya dengan elok

2. Minyakkan rambut suaminya

3. Gunting misai suaminya

4. Menyikat janggut (urut pun boleh)

5. Memotong kuku suaminya

akan mendapat ganjaran berikut: 

1. Allah akan mudahkan ketika menghadapi sakaratulmaut

2. Kuburnya akan menjadi salah satu dari taman-taman syurga

3. Namanya terpadam dari pintu neraka, dan tersenarai di pintu syurga

4. Allah mudahkan dirinya untuk melintasi titian siratul mustaqim sepantas kilat

5. Allah sendiri akan memberinya minum minuman dari syurga.

Ckin juga nak berkongsi cara urutan suami isteri yang semua sahabat sekalian boleh buat hanya kepada suami atau isteri yang sah ataupun kpd sesama muhrim.

1) Urut di bahagian tengkuk dengan kasih sayang.

2) Urut di bahagian bahu dan picit-picit hingga ke lengan.

3) Kemudian, buat jemput-jemput dari bawah tengkuk hingga ke bawah pinggang.

4) Kemudian, buat urutan cakar harimau (tekanan bergaris dari bahu ke bwh pinggang)

5) Kemudian disusuli dengan labah-labah naik ke atas. (dari bawah pinggang naik ke atas)

6) Kemudian, tepuk-tepuk manja belakang suami atau isteri.

7) Bisik kat telinga suami atau isteri, "I love You" (apa-apa panggilan pun boleh)

Amacam?Nak try tak?..Bagi yang belum berkahwin, jangan buat yer kecuali kpd sesama muhrim ataupun sesama jantina.

Ustazah cakap, tak boleh buat selalu cakar harimau ni, nanti "Hari-Hari Mau"...hehe tak faham sudah ^_^


p/s : segala yang baik daripada Allah..yg buruk itu datang dari kelemahan Ckin ^_^

Diri ini mengingatkan agar menjaga hak-hak diri dan hak-hak sebagai hamba Allah.  Segala kesilapan mestilah ditegur.  Kalau tiada yang menegur, bermakna diri ini tidak akan tahu akan kelemahan dirinya.  Jadi, jika kalian melihat Ckin berbuat salah, maka tegur-tegurlah.  ^_^

7 Comments:

FCUTEAM August 13, 2010 at 4:00 PM  

ngeh3.. aiz tak kahwin lagi...


"Don't you ever touch me"
If you go, I miss You
If I go, you miss me
If we both go, I touch and Go...


Hak3 ^__^ klakar gak ckin nih ^__^




Aiz latest entry
Tangkap basah di kem PLKN pada bulan puase

Ckin Kembaq August 13, 2010 at 4:07 PM  

hehe..ni dgr ceramah ustazah siti norbahyah ni..keep going on reading..n_n

Scha Nazri August 13, 2010 at 10:02 PM  

wahhh. good info ckin. akak sukaaa. hehe. keep it up okay!

Ckin Kembaq August 16, 2010 at 8:36 AM  

insyaAllah akak..nanti nak post ttg amalan bg wanita mengandung..untuk yang nak kahwin,remaja, and spa2 je yg akan lalui alam perkahwinan..be muture kan?..

FCUTEAM August 16, 2010 at 9:12 AM  

ckin memang pandai menulis ^__^ boleh wat buku motivasi.. ^__^.. jadi motivator pun layak.. ^__^




Aiz latest project
Sapa nak header cantik free?

Ckin Kembaq August 16, 2010 at 10:54 AM  

hehe..tak le pandai ngat..cuma berkongsi apa yang didengar..dengar ceramah ustazah siti nor bahyah..bez..mmg byk ilmu..n_n..

Anonymous,  April 6, 2011 at 7:01 PM  

sesuai utl lelaki..sesuai juga utk perempuan...
padat dgn infomasi..penuh dgn pengajaran.. =)

Post a Comment

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Kongsikan idea dengan saya di sini. Ianya adalah pencetus semangat! ^_^

Newer Posts Older Posts Home
Related Posts with Thumbnails


  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP